Dalam sejarah matematik, "Matematik
Islam" merujuk kepada matematik yang
dikembangkan oleh ahli matematik dari budaya Islam dari bermulanya Islam sehingga abad
ke-17, kebanyakannya termasuk ahli matematik Arab dan Parsi, dan
juga umat Muslim yang
lain dan bukan-Muslim yang sebahagian dari kebudayaan Islam. Ahli matematik
Islam juga dikenali sebagai ahli matematik Arab oleh kerana
berasaskan teks matematik Islam ditulis dalam Bahasa Arab. Kebanyakan
teks Islam pada matematik ditulis dalam Bahasa Arab, namun ia tidak semua
ditulis oleh orang Arab, sejak Bahasa Arab digunakan sebagai Bahasa sarjana bukan
Arab di merata-rata dunia Islam pada
zaman itu. Banyak ahli matematik Islam adalah orang Parsi.
Ahli sejarah dan
Ahli Matematik barat lebih suka merujuk perkembangan sejarah Matematik ditanah
Arab sebagai Matematik Islam kerana ia adalah kesinambungan daripada ajaran
Islam yang bawa Rasulullah yang mementingkan soal ilmu pengetahuan.
Manuskrip-manuskrip dikumpulkan dari pelbagai
bidang dan akademi-akademi di timur barat terutamanya dari tamadun Yunani
termasuk manuskrip Matematik Yunani Klasik dan teks-teks saintifik. Kemudian ia
diterjemahkan ke bahasa Arab.
No comments:
Post a Comment