Pages

Tuesday, March 5, 2013

TOKOH-TOKOH MATEMATIK DARI BARAT



Archimedes Yunani, 287-212 SM
Beliau dianggap sebagai “Bapa Kalkulus”. Beliau telah memperkenalkan beberapa penemuan yang digunakan hingga sekarang:
- Hukum Hidrostatik Archimedes
- Mencipta Takal
- Skru Archimedes
- Menemui pi (π)

Thales Yunani, 624-546 SM
Thales adalah seorang ahli filsafat. Pada zamannya seorang ahli filsafat mempelajari matematik, astronomi, fizik dan ilmu pengetahuan alam. Beliau telah mengukur tinggi piramid dengan menggunakan pengertian kesebangunan dan meramalkan waktu peredaran matahari. Beliau dikenali sebagai Bapa Awal Ilmu Matematik dan Astronomi.

Rene Descartes Perancis, 1596-1650
      Beliau adalah pencipta bagi cabang matematik geometri koordinat. Menurut beliau,    
      adalah mencukupi untuk melukis suatu garis lurus jika penjangnya diketahui. Graf dilukis 
      pada paksi Cartesan mengandungi satu set pasangan tertib (x,y). Beliau dikatakan 
      mendapat idea mengenai koordinat ketika beliau sedang terbaring dan memerhatikan 
      seekor labah-labah pada siling biliknya.

 Euclides 
Beliau telah menulis 13 jilid buku tentang geometri. Dalam buku-bukunya beliau
menyatakan aksiom (pernyataan-pernyataan sederhana) dan mengembangkan semua
bukti tentang geometri berdasarkan aksiom-aksiom tersebut. Contoh aksiom Euclides:
“Ada satu dan hanya satu garis lurus garis, di mana garis lurus tersebut melalui dua titik”.
Buku-bukunya menjadi hasil karya yang sangat penting dan menjadi acuan dalam
pembelajaran Ilmu Geometri.

Copernicus Polandia, 1473-1543
Pada zamannya secara umum, masyarakat percaya bahawa matahari, bulan dan bintang bergerak mengelilingi bumi kerana ketika itu bumi dianggap sebagai pusat alam semesta. Namun, Copernicus yakin bahawa pusat alam semesta bukanlah bumi, tetapi matahari di mana seluruh benda-benda langit berputar mengelilingi matahari. Pandangan Copernicus ini menentang falsafah tradisional dan agama. Teorinya yang terkenal dikemukakan dalam bukunya yang berjudul “Perputaran Benda-Benda Langit”.


Blaise Pascal 
Pascal sangat berminat pada matematik khususnya geometri ketika berumur 6 atau 7 tahun. Ketika itu ayahnya kurang menggalakkannya untuk belajar matematik pada usia itu, namun Pascal tetap mempelajarinya secara sembunyi-sembunyi.
Ketika berusia 12 tahun tanpa memperoleh bantuan orang lain beliau menemui bahawa jumlah semua sudut pada suatu segitiga sentiasa bernilai 180º. Beliau memperlihatkan hal tersebut kepada ayahnya dan menerangkannya dengan jelas. Ayahnya terpegun dan mengizinkannya terus belajar matematika dengan bebas. Ketika berumur 19 tahun Pascal menemui suatu mesin kira yang menggunakan roda-roda gigi. Dalam bidang fizik pula, beliau telah menemui prinsip tentang tekanan dalam zat cecair yang kemudian prinsip ini diabadikan sesuai dengan namanya (prinsip Pascal).



No comments:

Post a Comment