Ilmuan-ilmuan islam bukan hanya mengumpul
kajian-kajian lama, bahkan telah mengembangkan ilmu-ilmu kepada satu perspektit
baru yang lebih releven.
Ini kerana ahli matematik sebelum mereka
mengunakan matematik untuk perkara-perkara yang tidak penting kepada manusia
seperti menghitung cinta dan sebagainya.
Di dalam Matematik Islam, ia lebih banyak
digunakan untuk perkara-perkara yang praktikal dan berguna untuk manusia, dan
juga disebut sebagai Sunnatullah.
Para Ilmuan Islam mengkaji dan berakhir
dengan bertemu dengan Kebesaran Allah. Inilah beza antara saintis Islam dan
saintis. Tujuan mereka adalah Allah.
Tidak seperti ahli matematik Yunani, Ilmuan
Islam tidak hanya berdasarkan teori, bahkan juga secara praktikal untuk
memudahkan kehidupan seharian manusia, atau hari ini dikenali sebagai Applied
Math atau matematik gunaan.
Ahli matematik Islam banyak menyumbang untuk
secara khususnya dalam penggunaan titik perpuluhan, dan juga mengembangkan
topik Algebra secara tersusun dan juga dalam topik Geometri.
Beberapa penambahbaikan dalam topik
Trigonometri. Hari ini, banyak formula-formula dan tajuk-tajuk matematik
terabadi nama ilmuan barat didalamnya. Walaupun hakikatnya mereka hanya
menjenamakan semula apa yang telah ada dalam dunia matematik Islam. Nama-nama
ilmuan Islam tidak terabadi dalam sebarang teori-teori dan formula-formula
matematik.Hanya nama-nama seperti Euclid, Newton, Einstein, Diophantus, Sarrus,
Fibonacci dan sebagainya lebih banyak diabadikan.
i.
Sayyidina
Ali bin Abi Thalib (ra):
Jawapan Integer dan Jawapan
Pecahan
Suatu Hari, seorang Yahudi
datang kepada Khalifah Ali (ra.), untuk menguji kecerdasan Khalifah Ali (ra),
“aku akan bertanya kepadanya, sebuah pertanyaan yang sulit untuk ia jawab, aku
yakin, dia tidak akan mampu menjawabnya dan aku akan memiliki kesempatan untuk
memalukannya di depan semua orang Arab”.
Orang yahudi itu bertanya,
“Imam Ali, katakan kepadaku tentang sebuah angka, yang ketika kita, membahagi
angka tersebut, dengan angka 1 sampai 10, jawapannya yaitu selalu bilangan
bulat (integer), dan bukan bilangan pecahan?”
Imam Ali (ra) menjawab,
“hitunglah jumlah hari dalam setahun, dan kalikan dengan jumlah hari dalam
seminggu, dan anda akan memiliki jawapan anda.”
Lalu Orang Yahudi itu,
menghitung jawapan Imam Ali (ra), yang diberikan kepadanya.
Kemudian, ia menemukan
hasilnya sebagai berikut:
Jumlah Hari dalam 1 Tahun =
360 (kalendar Arab)
Jumlah Hari dalam 1 Minggu
= 7
hasil perkalian dari dua
angka diatas = 360×7 = 2520
Sekarang buktikan …
2520 ÷ 1 = 2520
2520 ÷ 2 = 1260
2520 ÷ 3 = 840
2520 ÷ 4 = 630
2520 ÷ 5 = 504
2520 ÷ 6 = 420
2520 ÷ 7 = 360
2520 ÷ 8 = 315
2520 ÷ 9 = 280
2520 ÷ 10 = 252
ii.
al
Khawarizmi :
Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Mohammad
Ibn Musa al Khawarizmi telah dilahirkan di bahagian Kath Khwarizm (Kheva,
Uzbekistan). Gelarannya di Barat ialah al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi
atau al-Gorism Aurym atau Augrim, di Perancis pula gelarannya adalah Augryam
atau Angrism.
Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad kesembilan. Beliau telah meninggal dunia antara 220M dan 230M.
Al-khawarizmi merupakan tokoh Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.
Dalam bidang ilmu matematik,beliau telah memperkenalkan konsep matematik algorithm.Hasil kerjanya di dalam ilmu algebra sangat cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dan juga pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.Persamaan kuadratik merupakan satu persamaan di mana kuasa dua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui.Kejayaan itu akhirnya menjadikannya sebagai pengasas ilmu Algebra. Nama Algebra diambil daripada buku beliau yang sangat popular iaitu Al-Jabr wa al-Muqabilah.Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar dalam sistem angka yang dibangunkan orang Arab selain membangunkan sistem perpuluhan.
Antara sumbangan beliau dalam bidang astronomi (ilmu falak) ialah membuat penyemakan dan memperkemaskan semula ilmu astronomi pada ketika itu dan membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy.
Beliau juga telah menghasilkan peta dunia pertama yang telah diterokai pada zaman itu. Beliau juga telah menghitung isipadu dan ukurlilit bumi, mencipta alat penentu kedudukan bintang, sukatan masa dan jam matahari.
Hasil penemuannya dibukukan dan beberapa daripadanya telah diterjemahkan dalam bahasa Latin pada awal kurun ke-12.
Bukunya mengenai Algebra iaitu Al-Maqala fi Hisab al-Jabr wa al-Muqalabah juga telah diterjemahkan dalam bahasa Latin dan ia adalah terjemahan yang diperkenalkan dalam dunia sains baru kepada Barat.
Hasil kerjanya dalam ilmu falak turut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah dan kemudian ke dalam bahasa Cina.Buku geografinya,kitab surat al-Ard bersama-sama peta lakarannya juga telah diterjemahkan.Beliau turut menulis kalendar yahudi,Istikhraj Tarikh al-Yahud selain menulis kitab al-Tarikh dan buku mengenai alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari iaitu Kitab al-Rukhmat.
Al-Khawarizmi dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh sarjana Barat. G. Sarton pernah menyatakan bahawa pencapaian-pencapaian tertinggi telah diperoleh oleh orang-orang Timur terutama al-Khawarizmi.
Wiedmann pula menyifatkan al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bijaksana. Ini membuktikan al-Khawarizmi telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang matematik dan astronomi.

iii.
Abu
Bakar Hussien al-Karkhi. Beliau banyak menulis dalam bidang algebra, aritmetik
dan geometeri.
iv.
Muhammad
ibn Jabir ibn Sinan Abu Abdullah al-Battani. Beliau dilahirkan di Battan,
Mesopotamia. Merupakan seorang putera Arab dan menjadi gebenor di Syria.
Dianggap sebagai ahli matematik Islam terbaik dan telah memperbaiki
trigonometri serta menghasilkan sifir kotangen yang pertama.
v.
Waijan
ibn Rustam Abu Sahl al-Kuhi, seorang ahli astronomi dan geometri di Baghdad.
Beliau banyak menumpu perhatian dan usaha dalam masalah-masalah yang dipelopori
oleh Archimedes dan Apollonius yang kemudiannya terhasil
pula persamaan-persamaan yang melebihi peringkat kedua.
vi.
Thabit
ibn Qurra, lahir di Harran, Mesopotamia pada tahun 833M. Sebagai ahli matematik
dan astronomi, beliau menterjemah karya-karya ahli-ahli matematik Yunani
disamping menulis teori tentang nombor-nombor.
Ahli matematik Islam menyedari kemajuan
intelek manusia merupakan kecenderungan yang bijak untuk percapaian manusia
sama ada pada waktu yang lalu, sekarang mahupun yang akan datang. Umpamanya,
matematik pada zaman Mesir purbakala dan Rom menjadi alat untuk menyelesaikan
masalah-masalah harian. Menurut Professor Eric Temple Bell dari Institut
Teknologi California “Dalam sejarah tamadun manusia, kesemuanya telah
berusaha ke arah pencapaian dalam bidang matematik. Zaman permulaan pra sejarah
tidaklah diperolehi sebagaimana penemuan bahasa dan seni. Oleh itu, permulaan
peradaban hanya boleh dihubungkaitkan dari tingkah laku orang primitf hari ini.
Walau dari mana pun sumbernya, matematik yang kita dapati hari ini telah
melalui dua aliran nombor dan bentuk; pertama melalui aritmetik dan algebra dan
kedua melalui geometri”
sumbernya amik dimana yea
ReplyDeletesumbernya amik dimana yea
ReplyDeletedi dalam otak
ReplyDeleteYa tuh.Ha ha ha..dr otak 'Saintis Islam'.
ReplyDelete