Pages

Tuesday, March 5, 2013

KENAPA MATEMATIK?



Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor. Nombor yang memberi nilai. Matematik menjadi asas kepada banyak bidang ilmu di dunia ini. Matematik juga boleh menerangkan fenomena semulajadi alam ini. Sebagai contoh, kejadian malam dan siang. Dalam memahami kejadian ini, para saintis menggunakan ilmu astronomi yang mana ilmu ini memerlukan matematik sebagai asas yang utama. Begitu juga kejadian pasang surut air, gerhana matahari, ribut taufan , banjir, semuanya menggunakan matematik untuk menerangkannya.

Cuba bayangkan hidup kita tanpa matematik. Kita tidak tahu apa itu matematik.Tidak tahu nombor, sukatan, dan berbagai-bagai lagi istilah matematik yang lain. Kita juga tidak tahu apa itu tolak, tambah, bahagi dan darab. Hidup kita seumpama manusia zaman purba yang tidak tahu menilai sesuatu benda.

Alangkah huru-haranya kita kalau tidak tahu matematik. Banyak perkara di dunia ini kita tidak dapat lakukan. Aktiviti rutin kita juga akan terganggu. Perkembangan ilmu seperti ilmu jurutera, senibina, perubatan, ekonomi dan sebagainya juga akan menghadapi jalan buntu. 
 
Namun, Matematik bukannya sekadar digunakan dalam urusan jual beli dan ekonomi, tapi ia sebenarnya berkait rapat dengan apa yang berlaku di sekeliling hidup manusia. Bagaimana perniagaan saham boleh naik turun setiap detik,setiap waktu, dan setiap saat? Matematik yang berperanan untuk menyelesaikan masalah kewangan di setiap syarikat dan perniagaan. Tanpa matematik , tidak akan wujud urusan perniagaan diseluruh negara. Bukan sahaja itu, wujud manusia yang buta ilmu pengiraan dan terbantutlah pemikiran manusia kerana penyelesaian masalah dalam matematik yangmemberi keselesaan dalam kehidupan . Seperti yang kita tahu,setiap pemegang saham sesuatu syarikat pasti mempunyai masalah dalam pelaburannya seperti kekuranganbayaran saham, dan sebagainya. Bayangkan sekiranya masalah tidak dapatdiselesaikan, implikasinya pasti sangat besar dan memberikan kesan yang sangat besar dalam kehidupan seharian kita.

George Polya, salah seorang tokoh Barat yang telah mengemukakan empat langkah dalam proses penyelesaian masalah matematik yang bukan hanya bolehdigunakanb untuk masalah matematik, malah masalah yang sering kita hadapi dalamkehidupan seharian. Bayangkan,seorang penjual ikan bergerak juga akan menghadapi kesukaran apabila berhadapan dengan pelanggan yang ramai. Boleh bayangkan jika dia tidak bolehmengira secara pantas? Itulah kepentingan matematik yang wujud secara tidak sedar kerana pada waktu yang sama,penjual tersebut meningkatkan kemahiran mengiranyasetiap kali dia berurusniaga dengan pelanggan.

No comments:

Post a Comment