BAHAGIAN A
ARAHAN: Jawab
SEMUA soalan berikut.
1. Nyatakan
istilah statistik yang sesuai bagi kenyataan berikut beserta contoh:
a) Senarai ahli daripada populasi kajian.
b) Set semua kesudahan yang mungkin
terhasil daripada suatu ujikaji.
c) Data yang telah dikumpul dan direkodkan
oleh pihak lain yang bukan pengkaji
asal.
[6 markah]
2. Senaraikan
DUA (2) jenis ukuran kecenderungan memusat yang digunakan dalam pengukuran data tidak terkumpul. [2 markah]
3. Sebuah
bank ingin mengumpul data berkaitan dengan kekerapan pelanggan menggunakan
khidmat nasihat pegawainya yang ditugaskan di suatu kaunter khas yang baru
sahaja diwujudkan. Nyatakan kaedah pengumpulan data yang sesuai digunakan untuk
melaksanakan kajian ini dan DUA (2) kelebihan kaedah tersebut.
[4 markah]
4. Jadual
1 di bawah menunjukkan pendapatan mingguan (RM) bagi 65 orang pekerja di
sebuah syarikat.
PENDAPATAN
(RM)
|
BILANGAN
PEKERJA
|
250.00 –
259.99
|
8
|
260.00 –
269.99
|
10
|
270.00 –
279.99
|
16
|
280.00 –
289.99
|
14
|
290.00 –
299.99
|
10
|
300.00 –
309.99
|
5
|
310.00 –
319.99
|
2
|
Jadual 1
Berdasarkan Jadual
1, tentukan:
a) had bawah bagi kelas ke-5 [2 markah]
b) titik tengah bagi kelas
ke-3 [3 markah]
c) sempadan atas bagi kelas ke-6 [3 markah]
[JUMLAH: 20 MARKAH]
No comments:
Post a Comment