BAHAGIAN A
ARAHAN: Jawab
SEMUA soalan.
1. Nyatakan setiap pembolehubah berikut
adalah KUALITATIF atau KUANTITATIF. Jika kuantitatif, nyatakan adakah ia
SELANJAR atau DISKRET ?
a)
Yuran
penginapan asrama untuk satu semester di kolej Jaiputra.
b)
Bilangan
kereta mewah yang diparkir di sekitar KB Mall.
c)
Kedudukan
pasukan bola sepak Perlis dalam Liga Malaysia.
[4 markah]
3. Nyatakan mod bagi setiap set data
berikut:
SET S : RM61.00 RM57.00 RM49.00 RM74.00 RM37.00
SET N : 62 55
45 44 52
56 55 62
59 57 56 53
[4
markah]
4.
Suatu bekas mengandungi 6 biji
bola hitam dan 4 biji bola putih. 2 biji bola diambil secara rawak satu demi
satu tanpa pengembalian. Tentukan kebarangkalian jika:
a) kedua-dua
bola itu berwarna hitam
b) kedua-dua
bola itu sama warna.
[7 markah]
5.
Kira median dan berikan analisis
anda terhadap data berikut:
Jumlah pelaburan (RM)
|
Bilangan pelajar
|
10 – 100
|
5
|
101 – 200
|
8
|
201 – 300
|
10
|
301 – 400
|
12
|
401 – 500
|
3
|
501 – 600
|
2
|
[8 markah]
6.
Syarikat Saf Sdn. Bhd. menggunakan
tiga jenis mesin A, B dan C untuk membuat komponen elektronik. Mesin A
menghasilkan 40% daripada jumlah output syarikat, B pula menghasilkan 50%
daripada jumlah output syarikat manakala C menghasilkan 10% daripada jumlah
output syarikat itu. Peratusan komponen yang rosak dihasilkan oleh semua mesin
tersebut adalah masing-masing 2%, 3% dan 1%. Suatu komponen dipilih secara
rawak daripada jumlah output syarikat.
a) Bina
sebuah gambarajah pokok bagi menggambarkan kenyataan di atas.
b)
Kira kebarangkalian komponen itu
dihasilkan oleh mesin A adalah tidak rosak.
[10 markah]
Masa (saat)
|
Kekerapan
|
50 – 54
|
5
|
55 – 59
|
22
|
60 – 64
|
10
|
65 – 69
|
3
|
7. Jadual di atas menunjukkan
masa yang diambil oleh sekumpulan pelajar dalam acara
lumba
lari 400 meter. Lakarkan histogram bagi data di atas dan anggarkan masa mod.
Jelaskan tafsiran anda.
[7 markah]
[JUMLAH: 50 MARKAH]
BAHAGIAN B
ARAHAN
: Jawab DUA (2) soalan SAHAJA daripada TIGA (3) soalan
berikut.
SOALAN
1
1. Rekod bagi panggilan telefon sehari dan
jumlah jualan bagi lapan orang jurujual sebuah syarikat dalam tempoh sebulan
adalah seperti berikut:
Purata bilangan panggilan sehari (x)
|
3.4
|
1.9
|
4.8
|
2.8
|
2.6
|
2.0
|
3.6
|
2.6
|
Jumlah jualan, RM (y)
|
48
|
26
|
48
|
32
|
30
|
21
|
40
|
27
|
a)
Lakarkan gambarajah serakan bagi
data di atas. Nyatakan jenis hubungan yang wujud, jika ada.
b)
Tentukan sejauh mana purata
bilangan panggilan sehari boleh mempengaruhi jumlah jualan bagi lapan orang
jurujual di syarikat tersebut dengan menghitung pekali korelasi momen Pearson.
[14 markah]
2.
Soal selidik merupakan suatu
senarai soalan yang dicetak untuk mengumpulkan maklumat mengikut objektif
kajian. Jelaskan TIGA (3) panduan yang perlu dipertimbangkan dalam
merekabentuk sesuatu soal selidik.
[3 markah]
3.
Muhammad ingin membandingkan harga
tiga jenis radio yang dijual di bandar Kangar. Dia meninjau empat buah kedai yang
menjual peralatan elektrik dan memperoleh maklumat berikut:
Di kedai J,
harga radio jenis Samsung ialah RM100, jenis Panasonic ialah RM125 dan jenis
National ialah RM130. Kedai K pula menjual radio jenis Samsung berharga RM98
dan jenis National ialah RM128 tetapi tidak menjual radio jenis Panasonic.
Kedai L menjual radio jenis Samsung dengan harga RM98, jenis Panasonic berharga
RM126 dan jenis National dengan harga RM132. Kedai M hanya menjual radio jenis
National yang berharga RM129.
a) Tentukan
sampel dan populasi.
b)
Bentangkan maklumat di atas dalam
bentuk jadual yang sesuai. Berikan DUA (2) kesimpulan yang boleh dibuat
tentang harga radio di bandar Kangar itu.
[8 markah]
[JUMLAH: 25 MARKAH]
SOALAN
2
1.
Azhar dan Khalil telah membuat
pelaburan masing-masing dan min keuntungan (RM) yang diperoleh bagi empat bulan
yang lepas adalah seperti berikut:
Bulan
|
Min Keuntungan (RM)
|
|||
1
|
2
|
3
|
4
|
|
Azhar
|
260
|
240
|
250
|
250
|
Khalil
|
400
|
100
|
500
|
0
|
Jika diberi
bahawa varians keuntungan (RM) pelaburan Azhar ialah 66.586 dan Khalil ialah 56
667.803, dapatkan pekali ubahan keuntungan pelaburan kedua-duanya. Pelaburan
siapakah yang lebih baik dan konsisten? Terangkan.
[13 markah]
2. Cari bilangan huruf berlainan yang
dapat dibentuk dengan menggunakan perkataan STATISTIK.
[5 markah]
3. Rekod terdahulu mencatatkan data
kebarangkalian berikut bagi seorang pemandu yang terlibat dalam satu kemalangan
dalam suatu bandar tertentu:
Hujan (H)
|
Tidak hujan (H’)
|
Jumlah
|
|
Kemalangan (A)
|
0.030
|
0.02
|
0.05
|
Tiada kemalangan (A’)
|
0.33
|
0.62
|
0.95
|
Jumlah
|
0.36
|
0.64
|
1.00
|
Berdasarkan
jadual kebarangkalian tercantum di atas, hitungkan kebarangkalian:
a) suatu
kemalangan berlaku?
b) suatu
kemalangan berlaku pada hari hujan?
c) tiada
hujan
[7 markah]
[JUMLAH: 25 MARKAH]
SOALAN
3
1. Berikut adalah data yang dikumpulkan
oleh seorang pengurus pengeluaran sebuah syarikat alat ganti kenderaan tentang
kuantiti keluaran harian dan purata kos yang terlibat dalam kerja-kerja
pengeluaran selama sepuluh hari.
Hari
|
Kuantiti (‘000 unit) (x)
|
Kos (RM’000) (y)
|
1
|
10
|
20
|
2
|
13
|
28
|
3
|
20
|
38
|
4
|
18
|
35
|
5
|
17
|
33
|
6
|
15
|
30
|
7
|
16
|
34
|
8
|
14
|
29
|
9
|
11
|
23
|
10
|
12
|
25
|
a) Plotkan gambarajah sebaran bagi data di
atas. Nyatakan hubungan yang wujud.
b)
Dapatkan persamaan regresi yang
menghubungkan antara kos pengeluaran dengan kuantiti pengeluaran syarikat
tersebut.
c)
Anggarkan kos pengeluaran yang diperlukan
jika kuantiti pengeluaran sebanyak 25 000 unit diperlukan.
[15 markah]
2. Harga saham bagi syarikat Safwan
al-Barlisi Enterprise dalam tempoh tiga bulan lalu menunjukkan min bernilai
RM18.75 dengan sisihan piawai RM2.69. Dalam tempoh yang sama juga, syarikat Nur
Distribution Enterprise mencatatkan min sebanyak RM5.89 dengan sisihan piawai
RM1.05.
a) Secara
relatifnya, syarikat manakah yang lebih tersebar? Jelaskan.
b)
Sekiranya anda bercadang untuk
membeli salah satu daripada saham syarikat di atas, terangkan bagaimanakah
pekali ubahan bagi harga saham boleh mempengaruhi pilihan anda itu?
[7 markah]
3. Huraikan SATU (1) teknik dalam mengumpulkan data primer yang anda tahu.
[3 markah]
[JUMLAH: 25 MARKAH]
[JUMLAH KESELURUHAN: 100 MARKAH]
KERTAS
SOALAN TAMAT
No comments:
Post a Comment