BAHAGIAN A
ARAHAN: Jawab
SEMUA soalan.
1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan data
diskret dan data selanjar?
b) Nyatakan jenis data berikut diskret atau selanjar:
i) jumlah jam bekerja dalam sebulan yang
lalu
ii) bilangan tanggungan dalam sesebuah
keluarga
iii) berat padi yang dihasilkan oleh seseorang
petani
iv) suhu seseorang yang demam panas
v)
bilangan pelajar yang mempunyai komputer
[8 markah]
2. Berikut merupakan markah bagi 20
orang pelajar di sebuah kolej dalam subjek Statistik Sosial dan Perubatan.
73 50 90 76 66 75 95 65 85 80
44 57 82 48 90 77 51 70 55 65
a) Hitungkan
julat dan min data di atas.
b) Bina
sebuah jadual kekerapan longgokan bagi markah tersebut.
[13
markah]
3. Huraikan SATU (1) kelebihan dan
kelemahan masing-masing untuk data primer dan data sekunder. Pada pendapat
anda, jenis data manakah yang lebih baik? Jelaskan.
[4 markah]
4. Indeks Pencemaran Udara (IPU)
mengkategorikan tahap pencemaran udara sebagai :
0 – 50 (baik),
51 – 100 (sederhana), 101 – 200 (tidak sihat) dan 301 – 500 (bahaya). Jabatan
Alam Sekitar telah merekodkan indeks ini di beberapa lokasi di Malaysia pada 15
September 1997 seperti pada Jadual 1 di bawah:
Lokasi/Masa 8.00 pagi 11.00 pagi 2.00 petang 5.00 petang
|
Kuala Lumpur 242 247 240 284
|
Sungai Petani 75 75 68 63
|
Kuantan 102 104 93 97
|
Jadual 1
Lukiskan carta
garis bagi membandingkan kualiti udara di lokasi-lokasi tersebut. Huraikan.
[10
markah]
5. Hitungkan median berat (kg) bagi 60
orang pelajar di sebuah sekolah menengah dalam Jadual 2 berikut. Berikan tafsiran ringkas anda mengenainya.
Berat (kg)
|
45 - 49
|
50 - 54
|
55 - 59
|
60 - 64
|
65 - 69
|
70 - 74
|
Kekerapan
|
11
|
10
|
2
|
15
|
16
|
6
|
Jadual 2
[10 markah]
6. 8, 2,
6, 8, 2,
5, 4, 7,
7, 3,
Hitungkan persentil ke-15 bagi data di atas. [5 markah]
Hitungkan persentil ke-15 bagi data di atas. [5 markah]
[JUMLAH: 50 MARKAH]
BAHAGIAN B
ARAHAN
: Jawab DUA (2) soalan SAHAJA daripada TIGA (3) soalan
berikut.
SOALAN 1
1. Pensampelan adalah bertujuan mengurangkan kos, masa dan tenaga dalam menjalankan kajian. Huraikan DUA (2) jenis pensampelan tak berkebarangkalian yang terlibat dalam statistik serta contoh yang sesuai.
[5
markah]
2. Pihak pentadbiran di sebuah hospital
ingin menilai tahap perkhidmatan yang diberikan dengan mengkaji masa yang
diambil oleh seseorang pesakit menunggu sebelum dapat berjumpa dengan doktor.
Data di bawah menunjukkan masa menunggu (minit) bagi satu sampel rawak pesakit:
39.8 29.6 19.5 24.5 19.5
52.0 25.4 30.5 21.8 25.4
14.9 12.7 45.6 28.6 26.1
45.9 42.5 39.8 26.1 10.7
39.0 36.6 29.6 39.5 41.3
Anggarkan min
masa menunggu (minit) bagi semua pesakit di hospital berkenaan pada tahap
keyakinan 95% dengan andaian taburan masa menunggu adalah normal.
[10
markah]
3. Seorang penyelidik ingin mengkaji
kaitan antara jumlah pendapatan tahunan (x) dan jumlah tabungan (y)
bagi keluarga yang berpendapatan antara RM 5000 hingga dan RM20 000 setahun.
Daripada rekod yang ada, 100 buah keluarga dipilih secara rawak. Ringkasan data
yang diperoleh adalah seperti berikut:
[data tidak disertakan]
Tentukan
persamaan regresi bagi data ini dan anggarkan tabungan yang dibuat oleh
keluarga yang mempunyai pendapatan tahunan sebanyak RM6000.
[10 markah]
[JUMLAH: 25 MARKAH]
SOALAN
2
Foto
|
A
|
B
|
C
|
D
|
E
|
F
|
G
|
H
|
Pengadil I (x)
|
6
|
2
|
4
|
5
|
7
|
3
|
8
|
1
|
Pengadil II (y)
|
6
|
4
|
8
|
3
|
5
|
2
|
7
|
1
|
Jadual 3
1. Jadual 3 di atas menunjukkan
pangkat yang diberikan oleh dua orang pengadil dalam suatu pertandingan
fotografi. Tunjukkan bahawa keputusan kedua-dua orang pengadil tersebut adalah
boleh saling mempengaruhi antara satu sama lain, menggunakan pekali korelasi
pangkat Spearman. Jelaskan analisis anda.
[10 markah]
2. Kebanyakan penyelidik lebih cenderung
menggunkan kaedah pensampelan berbanding kaedah banci dalam
sesuatu penyelidikannya. Bezakan antara banci dan pensampelan. [3 markah]
3. Jadual
3
menunjukkan taburan aset bagi 136 buah syarikat di Malaysia.
Jumlah aset (RM
juta)
|
Kekerapan
|
100 – 200
|
16
|
201 – 300
|
23
|
301 – 400
|
29
|
401 – 500
|
36
|
501 – 600
|
32
|
a) Kirakan
min dan sisihan piawai data di atas.
b) Diberi bahawa median jumlah aset 13 buah
syarikat tersebut ialah 400, tentukan
jenis kepencongan taburan data ini dan
lakarkan graf kepencongannya.
[12 markah]
[JUMLAH:
25 MARKAH]
SOALAN
3
1. Berdasarkan data masa (saat) bagi 15 orang pelajar yang berjaya
menjawab 10 soalan
IQ di bawah, bina gambarajah
cabang-daun yang sesuai dan tentukan julatnya.
40 42 38 30 39 49 36 48 43 41
43 37 44
41 48 45 44 51 52 47
|
[5 markah]
2.
Safwan ingin membandingkan harga tiga jenis buku Statistik yang dijual
di bandar
Kangar sebelum membelinya. Dia mengunjungi
tiga buah kedai buku dan mendapati
harga buku-buku tersebut adalah
berbeza antara satu kedai dengan kedai lain.
Kenalpasti populasi, sampel
dan jenis pembolehubah dalam kenyataan ini.
[3 markah]
3. Jadual 4 berikut menunjukkan
markah yang diperoleh oleh 100 orang pelajar yang mengambil peperiksaan akhir
subjek Perbankan Islam.
Markah
|
Kekerapan
|
30 – 39
|
5
|
40 – 49
|
10
|
50 – 59
|
25
|
60 – 69
|
30
|
70 – 79
|
20
|
80 – 89
|
7
|
90 – 99
|
3
|
a)
Kira
min markah yang diperoleh oleh 100 orang pelajar tersebut.
b)
Bina
ogif kurang daripada bagi data di atas. Seterusnya, tentukan markah minimum
untuk lulus jika 25% daripada pelajar tersebut akan gagal.
[14 markah]
4. Taburan normal boleh digantikan dengan
taburan t berdasarkan syarat-syarat
tertentu. Nyatakan syarat-syarat bagi memenuhi taburan t.
[3 markah]
[JUMLAH: 25 MARKAH]
[JUMLAH: 50 MARKAH]
[JUMLAH KESELURUHAN: 100
MARKAH]
KERTAS
SOALAN TAMAT
hurm...mcm susah jerr soalan ni, huhu ~
ReplyDeletetak lah susah sgt..semua dh blaja dlm kelas, formula pun dh bagi...
Delete