Pages

Tuesday, March 5, 2013

SEJARAH STATISTIK



Kata Statistik berasal daripada perkataan Latin statisticum collegium (syarahan mengenai keadaan semasa), manakala dalam bahasa Itali, statistik berasal daripada perkataan statista, yang bererti "negarawan" atau "ahli politik". 

Daripada dua terjemahan di atas, pastinya tidak terlintas di fikiran kita bahawa statistik merupakan salah satu cabang matematik yang banyak diaplikasikan dalam kehidupan seharian tanpa kita sedari.

Statistik (atau perangkaan) adalah sains dan aplikasi dalam membangunkan pengetahuan manusia melalui penggunaan data empirikal. Lebih tepat lagi statistik merupakan kaedah saintifik dalam mengumpul, menyusun, menghurai, menganalisis data berangka dan membuat kesimpulan daripada hasil analisis data tersebut melalui gambarajah. Tujuan statistik adalah menghasilkan maklumat "terbaik" daripada data yang diperolehi.

Penggunaan statistik semakin meluas dalam kehidupan seharian dalam pelbagai bidang termasuklah bidang sains dan teknologi, sains pertanian, sains industri, sains fizik dan gunaan, sains sosial dan bidang-bidang lain. Biasanya, semua keputusan analisis untuk dikuantitatifkan serta dilihat dari sudut statistik, seperti membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Jadi, bukan sahaja statistik wajar dipelajari sebagai matapelajaran wajib malahan semua golongan perlu mempunyai sekurang-kurangnya pengetahuan asas dalam bidang statistik.  Pelbagai contoh aplikasi statistik dalam kehidupan sosial manusia.

      Gottfried Achenwall (1749) menggunakan Statistik dalam bahasa Jerman untuk pertama 
       kalinya sebagai nama bagi kegiatan analisis data kenegaraan, dengan mendefinisikannya sebagai "ilmu tentang negara (state)". Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 statistik mulai banyak menggunakan bidang-bidang dalam matematika, terutama teori kebarangkalian. Cabang statistik yang ketika ini sangat luas digunakan untuk mengembangkan kaedah  ilmiah, statistik inferens, dikembangkan pada separuh kedua abad ke-19 dan awal abad ke-20 oleh Ronald Fisher (pengasas statistik inferens), Karl Pearson (kaedah regresi linear), dan William Sealey Gosset (meneliti masalah sampel berukuran kecil). Penggunaan statistik pada masa sekarang dapat dikatakan telah meliputi semua bidang ilmu pengetahuan, mulai dari astronomi hingga sastera.

3 comments: