Kata Statistik berasal daripada perkataan Latin statisticum collegium (syarahan mengenai keadaan semasa),
manakala dalam bahasa Itali, statistik berasal daripada perkataan statista,
yang bererti "negarawan" atau "ahli politik".
Daripada dua
terjemahan di atas, pastinya tidak terlintas di fikiran kita bahawa statistik
merupakan salah satu cabang matematik yang banyak diaplikasikan dalam kehidupan
seharian tanpa kita sedari.
Statistik (atau perangkaan) adalah sains dan
aplikasi dalam membangunkan pengetahuan manusia melalui penggunaan data
empirikal. Lebih tepat lagi statistik merupakan kaedah saintifik dalam
mengumpul, menyusun, menghurai, menganalisis data berangka dan membuat
kesimpulan daripada hasil analisis data tersebut melalui gambarajah. Tujuan
statistik adalah menghasilkan maklumat "terbaik" daripada data yang
diperolehi.
Penggunaan statistik semakin meluas dalam kehidupan seharian
dalam pelbagai bidang termasuklah bidang sains dan teknologi, sains pertanian,
sains industri, sains fizik dan gunaan, sains sosial dan bidang-bidang lain. Biasanya, semua keputusan analisis untuk dikuantitatifkan serta dilihat dari
sudut statistik, seperti membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Jadi, bukan
sahaja statistik wajar dipelajari sebagai matapelajaran wajib malahan semua
golongan perlu mempunyai sekurang-kurangnya pengetahuan asas dalam bidang
statistik. Pelbagai contoh aplikasi statistik dalam kehidupan sosial
manusia.
kalinya sebagai nama bagi kegiatan analisis data kenegaraan, dengan mendefinisikannya sebagai "ilmu tentang negara (state)". Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 statistik mulai banyak menggunakan bidang-bidang dalam matematika, terutama teori kebarangkalian. Cabang statistik yang ketika ini sangat luas digunakan untuk mengembangkan kaedah ilmiah, statistik inferens, dikembangkan pada separuh kedua abad ke-19 dan awal abad ke-20 oleh Ronald Fisher (pengasas statistik inferens), Karl Pearson (kaedah regresi linear), dan William Sealey Gosset (meneliti masalah sampel berukuran kecil). Penggunaan statistik pada masa sekarang dapat dikatakan telah meliputi semua bidang ilmu pengetahuan, mulai dari astronomi hingga sastera.
TERIMA KASIH SEBAB BERKONGSI :)
ReplyDeletetq
ReplyDeletethank you , and let me copy for my addmath project
ReplyDelete